Wednesday, March 12, 2014

Loan...ohhh loan....

Ramai yang menelefon nak minta tolong bawa produk mereka..rasa terkilan juga kerana tak dapat nak membantu dalam kadar segera..setiap kali penambahan produk baru kami perlu cari pasaran, perlu adjust balik modal..Alhamdulillah setakat hari ni semua produk yang kami pasarkan ada permintaan , ada peminatnya tersendiri..kalau dulu mula-mula bawa, banyak yang expired tapi sekarang dah tak banyak..selalunya mana yang dah dekat-dekat nak expired tu kami ambil buat makan sendiri je..Terkilan juga dengan agensi pembiayaan bantuan perniagaan yang di sediakan oleh kerajaan..lama sangat..perancangan tahun ni semua lari. Dah 5 bulan kami apply pinjaman TEKUN, semua spesifikasi dah disediakan.. sampai hari ni masih jawapannya dalam proses...mana silapnya...ini first time kami buat loan setelah 7 tahun berniaga..sedih....

Tuesday, January 28, 2014

Madu Tualang Herba

Madu Tualang Herba  berat (+-) 200ml

Saya dah menggunakan sejak 2001, baik untuk selsema dan batuk terutamanya untuk kanak-kanak. Alternatif kepada ubat yang akan buat mereka mengantuk. Kahak senang keluar..sangat melegakan. Seeloknya makan waktu pagi dan malam sebelum tidur. Untuk anak-anak, saya biasa mengikut sukatan ubat yang doktor sarankan.. Saya dah cuba pada anak-anak saya Alhamdulillah sangat berkesan.Rasa pun sedap..anak-anak menyukainya... Makanan sunnah yang banyak diceritakan di dalam Al Quran....yang penting kita perlu yakin dengan kuasa penyembuhan yang Allah swt telah nyatakan. Khasiat lain : Darah Tinggi, Kekurangan darah, melawaskan buang air, menjauhi jangkitan kuman pada paru-paru, migrain, uluran angin, penyakit kuning, Lelah, batuk berpanjangan,merawat luka dalaman. Masalah Puan : baik untuk ibu bersalin, menyuburkan bayi dan kandungan, melicinkan muka, Haid tidak teratur dsbg.

Mee Sanggul Melayu (Dried Noodles) - 250 gm

Mee Sanggul Melayu (Dried Noodles) 250 gm , Selepas di celur selama 3 - 5 minit, rupanya seperti mee kuning basah yang biasa di beli di pasaran. Sesuai untuk digoreng dan makan secara berkuah. Senang di simpan dan mudah di gunakan semasa kecemasan.

Tuesday, November 19, 2013

Rempah Nasi Briani, NasiTomato dan Nasi Daging


Rempah Nasi Briyani ini lengkap dengan bahan tumisan. Satu bungkus perencah Nasi Briyani ini bersamaan dengan 500gm beras (2 1/2 cawan). Nota: Untuk rasa yang lebih enak gunakan beras basmati.

Popular Posts