Thursday, April 23, 2015

Gulai Kari Ikan Kembung resepi ct aju

Kari Ikan Kembung emenung) ala MIL
Bahan-bahannya:

1. Ikan kembung setengah kilo siap dibersihkan  (anggaran dalam 10-12 ekor yg size kenit2)
2. Rempah kari ikan 1 peket (saya pakai rempah cap ''Aween'')
3. Bawang merah 2-3 ulas
4. Bawang putih 1 ulas
5. Jintan manis sedikit
6. Buah keras sedikit
7. Halia anggaran size 1 inci
8. Lada kering secukupnya (mengikut tahap kepedasan masing2)
9. Halba campur 1 sudu kecik
10. Asam jawa 1 sudu teh paras biasa 
11. Biji sawi sedikit
12. Minyak masak sedikit (utk menumis)
13. Sayuran (tomato & bendi yg lazim saya guna)
14. Bahan perasa (gula & garam secukupnya)

p/s: blend semua bahan2 yg bernombor 3 hingga nombor 8 (jika xsuka blend anda boleh juga hiris @ tumbuk mana yg patut)...tp saya lg suka blend aje semua senang.

Cara masak:

1. Panaskan minyak dengan api sederhana untuk menumis bahan2 yg telah diblend tadi.
2. Bila bahan tumisan agak garing n naik bau...masukkan rempah kari yg telah dikacau rata bersama air.
3. Kacau rata bersama bahan tumisan tadi sehingga rempah tersebut sebati & agak masak.
4. Masukkan rempah halba campur dan biji sawi...kacau rata.
5. Boleh masukkan ikan dan tambahkan air jika rempah tadi terlampau pekat...(ikut selera masing2)
6. Masukkan asam jawa dan bahan perasa secukupnya.
7. Bila dah agak masak ikan tersebut...bolehlah masukkan sayuran.
8. Tutup api...dan kari kita sedia utk dihidangkan bersama nasi panas

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan mesej anda. Terima kasih ;)

Popular Posts