Saturday, April 18, 2015

Mudahnya Menjemput Rezeki

Membaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki  karya Fathuri Salehuddin ini akan menambah keyakinan kita. Sesungguhnya rezeki itu semuanya dari Allah. Menjemput rezeki akan menjadi sangat mudah dengan melakukan apa yang Allah suka. Saya mengesyorkan kepada anda yang membuka laman ini untuk membaca buku ini. Banyak ilmu boleh diperolehi dari buku ini. Dengan gaya bahasa yang mudah, pengalaman penulis yang seakan-akan apa yang kita alami..pasti akan ada yang terkesan di hati.
Terdapat dalam edisi mini dan edisi penuh. Edisi Mini mengandungi 6 bab daripada kandungan buku MMR edisi penuh yang terdiri daripada 40 bab. Tajuk-tajuk yang terdapat daripada edisi mini telah dipilih secara khusus oleh penulis untuk mencapai tujuannya menyampaikan maklumat untuk mendekatkan pembaca kepada Maha Pencipta.

Buku ini tidak terdapat di senarai kedai belian kami..pembelian adalah secara online, terima kasih.
Harga Edisi Mini : RM2.70
Harga Edisi Penuh :RM 18.00


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan mesej anda. Terima kasih ;)

Popular Posts