Wednesday, November 4, 2015

Masak Hitam Kashmir

Gambar dan resepi ini merupakan sumber dari http://sajiandapurbonda.blogspot.com. Merupakan salah seorang pengunjung yang membeli produk jualan kami di pameran Peluang Perniagaan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara  (NCER)..pada 2012..di mana kami membuka booth di sana.  

Bahan-bahannya:30gm minyak masak
200 gm daging kambing panggang - hiris nipis
1 paket (100gm) perencah Masak Hitam Kashmir jenama Iman
2 sudu besar sos lada hitam
1 cawan air
Gula, serbuk perasa, dan garam secukup rasa
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 biji cili merah - dihiris
1 biji cili hijau - dihiris

Bahan-bahan ditumis:
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 tangkai daun kari

Penyediaannya:
1.  Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan tumis dan masak sehingga naik bau.
2.  Masukkan perencah Masak Hitam Kashmir jenama Iman  (perencah ini terdiri daripada pes bawang, pes kicap, dan rempah.  Satukan kesemuanya dan dibancuh dengan 1 cawan air).  Masak sehingga naik bau.
3.  Masukkan hirisan daging kambing.  Tambah 1 cawan air dan kaup balikkan sehingga sebati .
4.  Kecilkan api dan masak sehingga masakan menjadi kering.
5.  Kemudian masukkan hirisan bawang besar, cili merah, dan cili hijau.  Kacau dan tutup api.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan mesej anda. Terima kasih ;)

Popular Posts